Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan gula yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti penambahan berat badan, Obesiti, Diabetis dan masalah kardiovaskular badan (1, 2). Walaupun begitu, penggunaan gula putih didalam pemakanan harian umumnya boleh dikatakan amatlah susah untuk dielakkan. Ianya digunakan dalam hampir setiap persiapan makanan terutamanya manis manisan. Apatah lagi didalam penyediaan minum minuman dimana menurut sebuah kajian daripada Ventura, Davis dan Goran (3), kandungan gula untuk satu tin minuman terkenal ‘Coca Cola’ adalah lebih kurang 35 gram yang bermakna lima camca sudu teh gula telah pun digunakan. Anggaran didalam 30 gram hingga 50 gram digunakan untuk minuman minuman tin terkenal yang lain menunjukkan betapa banyaknya penggunaan gula didalam makanan yang dikomersilkan kepada kita.

Sudah menjadi pengetahuan umum tentang kesan kesan gula putih kepada badan namun pengambilan gula putih didalam diet harian kita diperhatikan seperti perkara biasa.

Jadi adakah berbaloi untuk kita perlu mengelakkan gula putih?

Kesan yang amat ketara sekali apabila mengamalkan makanan tanpa gula putih boleh dilihat daripada individu individu seperti Carolyn Hartz, Louise Carpenter dan Michael Grothaus dimana pemakanan tanpa gula telah memberi impak yang sangat berbeza terutamanya pada penampilan, kesihatan, kelainan fizikal badan dan juga perbezaan mental (4-6). Carolyn Hartz telah mengejutkan dunia apabila menunjukkan penampilan seorang wanita yang berumur 30 tahun walaupun umur sebenarnya adalah lebih daripada 70 tahun. Beliau telah pun mengamalkan pemakanan tanpa gula putih sejak beliau berumur 30 tahun dan kesannya pada tubuh badannya amatlah mengejutkan. Perbezaan dari segi kesihatan badan telah pun direkodkan oleh Louise Carpenter Bersama keluarganya apabila menyahut cabaran 30 hari tanpa gula. Beliau memberitahu bahawa kesakitan pada bahagian belakangnya telah pun berkurang dan berasa perubahan yang besar dalam melakukan aktiviti bersukan dimana beliau berasa susah untuk dilakukan sebelum ini. Buat Michael Grothaus pula, mengelakkan gula bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malah ianya telah mengubahkan daya pemikiran beliau. Beliau berasa lebih focus dan lebih cepat untuk belajar atau melaksanakan sesuatu tugas. Kesan diet pemakanan tanpa gulanya telah pun menarik banyak perhatian sehingga artikel mengenainya tersenarai didalam ‘Top 10 Leadership Stories’ buat tahun 2015. Pengalaman pengalaman individu individu ini sangatlah menarik jadi menunjukkan diet makanan tanpa gula putih seharusnya diambil perhatian dan sebaiknya diamalkan.

Untuk kesimpulan, pengamalan makanan tanpa gula boleh memberikan kesan seperti yang berikut:

    1. Mengurangkan berat badan
    2. Mengurangkan risiko kesihatan seperti diabetis, obesiti dan masalah kardiovaskular badan.
    3. Melambatkan penuaan.
    4. Perubahan perasaan tubuh badan dan menambahkan tenaga badan.
    5. Mengubah daya pemikiran menjadikan ianya lebih fokus.

Selain daripada yang dibincangkan didalam artikel diatas pengamalan makanan tanpa gula juga boleh memberikan kesan positif seperti berikut (7):

    1. Mengelakkan masalah Alzheimer Disease atau Hilang Ingatan (Nyanyuk)
    2. Mengurangkan kemungkinan mendapat masalah kemurungan (Insulin dalam badan tidak berfungsi dengan baik apabila gula sentiasa diambil.
    3. Menambahkan selera terhadap makanan natural seperti buah buahan kerana menghentikan manis manisan yang berasakan gula putih.
    4. Menurangkan bau busuk mulut.
    5. Lebih mudah bernafas.
    6. Mengelakkan kerosakan gigi.
    7. Lebih jimat duit apabila dapat mengurangkan pengambilan makanan makanan yang manis.

Terpulanglah pada pembaca pembaca sekalian untuk sendiri menilai berbaloikah menghentikan pengambilan gula didalam makanan seharian. Secara realistik, sebenarnya adalah mustahil untuk 100% membuang diet gula didalam diet seharian. Tetapi, pengambilan gula putih dapat dikurangkan dengan ketaranya jika dijalankan dengan penuh disiplin. Contohnya, mengambil pesanan teh O atau kopi O kosong (tanpa gula) untuk alternatif air yang biasa dipesan di restoran. Alternatif lain adalah dengan menggantikan gula putih dengan gula perang, madu atau pemanis yang diekstrak daripada tumbuhan. Walaupun begitu haruslah dipastikan ketulenan bahan bahan tersebut. Pastinya, pengamalan diet makanan akan memberikan kesan yang sangat baik untuk pembaca pembaca yang berinspirasi untuk mengamalkan daya hidup sihat dan memiliki tubuh badan yang kuat.


Rujukan

1. Vartanian LR, Schwartz MB, Brownell KD. Effects of Soft Drink Consumption on Nutrition and Health: A Systematic Review and Meta-Analysis. American Journal of Public Health. 2007;97(4):667-75.
2. Fung TT, Malik V, Rexrode KM, Manson JE, Willett WC, Hu FB. Sweetened beverage consumption and risk of coronary heart disease in women. The American journal of clinical nutrition. 2009;89(4):1037-42.
3. Ventura EE, Davis JN, Goran MI. Sugar content of popular sweetened beverages based on objective laboratory analysis: focus on fructose content. Obesity. 2011;19(4):868-74.
4. Konstantinides A. I was a sugar addict’: 70-year-old grandmother whose bikini pictures set the internet alight says her life ‘truly began again’ when she gave up sugar 2017 [Available from: http://www.dailymail.co.uk/femail/article-4579166/70-year-old-grandma-credits-amazing-figure-attitude.html.
5. Carpenter L. Life without sugar: one family’s 30-day challenge 2014 [Available from: https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2014/mar/14/life-without-sugar-family-challenge-diet.
6. Grotahus M. How Giving Up Refined Sugar Changed My Brain: Fast Company; 2015 [Available from: https://www.fastcompany.com/3050319/how-giving-up-refined-sugar-changed-my-brain.
7. Beilin H. 21 Good Reasons to Eat Less Sugar That Have Nothing to Do With Weight Loss: Greatist; 2015 [Available from: https://greatist.com/eat/reasons-to-cut-back-on-sugar.